Radja Band gegar Arena Larkin 11 Mac - Utusan Malaysia

Radja Band gegar Arena Larkin 11 Mac

FARID HAMID (empat dari kiri) dan Azlan Abd. Jalil bersama para penaja menunjukkan video Radja Band yang akan mengadakan konsert pada 11 Mac di Arena Larkin, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kumpulan muzik rock terkenal Indonesia, Radja Band bakal mengegarkan Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru menerusi  Konsert Radja Majestic Johor pada 11 Mac depan.

Menurut Pengurus ASEAN Liaisons of Radja Band, Farid Hamid, Radja Band yang ditubuhkan pada 17 Mac 1999 dan berasal dari Banjarmasin akan menyajikan 16 buah lagu malar segar kepada para peminatnya.

“Konsert Radja merupakan julung kali diadakan di Johor mendapat kerjasama daripada Tourism Johor serta penganjur MEE2 Events. Johor ini merupakan lokasi strategik, kita boleh bawa peminat dari tiga buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia serta Singapura.

“Sebanyak 16 buah lagu akan dipersembahkan dalam konsert itu nanti dan antara ‘killer song’ ialah Jujur, Tulus, Benci Bilang Cinta dan Takkan Melupakanmu.

“Sudah pastinya konsert kali ini akan diatur dengan beberapa kelainan hasil idea dengan pihak Tourism Johor. Tunggu dan lihat dalam konsert nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Hard Rock Cafe, Puteri Harbour malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Tourism Johor, Dr. Azlan Abd. Jalil yakin konsert tersebut bakal membawa limpahan ekonomi ke negeri ini, antaranya kepada pemain industri perhotelan, makanan dan minuman serta pengangkutan.

“Tourism Johor akan membawa lebih ramai artis dari dalam dan luar negara. Ini merupakan salah satu acara dalam mempromosikan agenda pelancongan negeri Johor kepada orang ramai bukan sahaja rakyat tempatan, malah mengajak pelancong antarabangsa datang ke negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah MEE2 Events, Nurzalinda Azmi berkata, para peminat boleh membeli tiket konsert tersebut secara dalam talian di www.ticket2u.com.my dan hingga 13 Februari lalu sebanyak 1,000 tiket telah terjual.

Menurutnya, lima kategori tiket ditawarkan dengan harga berpatutan bermula dengan Silver RM68, Gold (RM108), Rockzone (RM129), VIP (RM299) serta MIP (RM799). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya