Pelaburan China ke Malaysia lebih 200 bilion dolar As

Pelaburan China ke Malaysia lebih 200 bilion dolar As

TANG Rui (dua kanan) menunjukkan replika bantuan yang akan diagihkan kepada penduduk di Mukim Padang Halban, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pelaburan China di negara ini pada tahun lalu mencecah nilai lebih 200 bilion dolar Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kedutaan China ke Malaysia Tang Rui berkata, pelaburan itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-dua negara yang sudah terjalin sejak sekian lama.

Menurutnya, sejak China membuka sempadan perdagangan banyak syarikat-syarikat dari negara berkenaan telah datang ke Malaysia untuk melabur dalam pelbagai sektor ekonomi.

“Secara tidak langsung ia membuka peluang ekonomi yang lebih besar kepada rakyat negara ini.

“Pada masa sama, jumlah populasi penduduk di negara ini yang ramai membolehkan Malaysia dan China mendapat manfaat bersama-sama hasil pelaburan itu,” katanya selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Belt dan Road Initiative Lawatan Ke Kelantan di Tapak Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Mukim Padang Halban di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Masyarakat dan Integriti Mohd. Huzaimy Che Husin yang mewakili Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Rui memberitahu, beliau percaya hubungan erat yang terjalin ini akan menjadi batu loncatan untuk lebih banyak pelaburan yang dibawa masuk ke negara ini pada masa hadapan.

Katanya, kerjasama China dengan Malaysia ini turut memberi manfaat kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya