Pasukan SAR Malaysia diiktiraf Turkiye – PM

Pasukan SAR Malaysia diiktiraf Turkiye – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau kemusnahan di Gaziantep, Turkiye, semalam yang terjejas teruk akibat gempa bumi. – Pejabat Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keupayaan pa­sukan dari Malaysia yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi mendapat pengikirafan Turkiye.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berasa bangga dengan pengorbanan dan keupayaan pasukan itu yang menunjukkan keupayaan luar biasa dan sanggup berkorban menjalankan tugas-tugas kemanusiaan di negara berkenaan.

Katanya, kemampuan dan dedikasi luar biasa yang ditunjukkan pasukan itu turut mendapat pujian daripada Gabenor Gaziantep dan wakil gabenor di Nurdagi.

“Saya bangga sekali dengan pasukan kita yang telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa, pengorbanan yang luar biasa.

“Gabenor dan wakil gabenor di sini (Nurdagi) turut menyatakan bahawa pasukan kita menunjukkan dedikasi yang luar biasa.

“Saya bagi pihak seluruh rakyat ingin mengucapkan penghargaan dan doa kepada Allah, mudah-mudahan beban rakyat di sini diringankan dan kita (Malaysia) akan buat sedaya upaya untuk membantu,” katanya selepas melawat kem pasukan SAR negara di Stadium Nurdagi di Gaziantep, Turkiye.

Perdana Menteri yang berlepas ke Turkiye malam kelmarin tiba di Gaziantep, kawasan yang paling terjejas dalam kejadian gempa itu pada pukul 7.50 pagi waktu tempatan.

Dalam ada itu, Anwar berkata, Malaysia berjaya mengumpul RM30 juta sumbangan bantuan bencana gempa bumi di Turkiye.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan untuk menyampaikan bantuan tersebut selain doa dan simpati rakyat Malaysia.

Malaysia sebelum ini menghantar dua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi SAR di Turkiye yang dilanda gempa bumi awal minggu lepas hingga mengorbankan puluhan ribu nyawa.

Kedua-dua pasukan yang terdiri daripada kira-kira 140 anggota itu turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya