OBK bantu pemuliharaan flora dan fauna negara

OBK bantu pemuliharaan flora dan fauna negara

RAZARUDIN Husain (tengah) menyampaikan sijil kepada peserta dalam Majlis Perasmian Penutup Op Bersepadu Khazanah Siri 02/2023 Dan Ujian Ronda Pandu Arah Peringkat Briged Tenggara PGA 2023 di Pusat Latihan Perhutanan Bukit Bakar, Machang, Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dilakukan oleh polis dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Perhutanan negeri berjaya membantu proses pemuliharaan flora dan fauna di negara ini.

Timbalan Ketua Polis negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, OBK yang dilancarkan pada suku tahun ketiga 2019 lalu telah berjaya menonjolkan aspek penguatkuasaan yang efektif sepanjang penugasan tersebut.

“Kita berharap kerjasama daripada Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perhutanan negeri terus terjalin bagi melindungi khazanah negara.

“Pada masa sama, kita turut mahu memerangi jenayah hidupan liar khususnya di negeri  ini,”katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Op Bersepadu Khazanah Siri 2/2023 dan Ujian Ronda Pandu Arah Peringkat Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) 2023 di Bukit Bakar di sini hari ini.

Terdahulu, seramai tiga Pegawai Kanan Polis dan 36 Pegawai Rendah Polis Briged Tenggara PGA telah berjaya menamatkan Operasi Bersepadu Khazanah Siri 2/2023 dengan cemerlang.

Operasi yang diadakan bermula 8 sehingga hari ini melibatkan Martak di Rezab Hidupan Liar Krau, Temerloh, Pahang dan dua Subtak di Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan Pahang serta Pusat Latihan Perhutanan Bukit Bakar, Machang.

Razarudin memberitahu, hasil kerjasama dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) pihaknya berjaya menubuhkan satu lagi elemen baharu dalam pasukan iaitu Biro Kawalan Hidupan Liar (WCB). 

Katanya, penubuhan WCB ini diharapkan dapat membuka mata banyak pihak bahawa jenayah alam sekitar perlu diberikan perhatian.

“Tindakan penguatkuasaan yang proaktif, selari dengan jenayah-jenayah konvensional dan bukan konvensional lainnya,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya