Mayat tanpa pengenalan diri ditemukan di Pantai Lagenda - Utusan Malaysia

Mayat tanpa pengenalan diri ditemukan di Pantai Lagenda

MAYAT tanpa pengenalan diri ditemukan terdamparndi pesisir Pantai Lagenda di Pekan, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan terdampar di pesisir Pantai Lagenda di sini, kira-kira pukul 8.05 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan telefon yang melaporkan tentang penemuan mayat tersebut.

“Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan segera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki berkaitan perkara tersebut.

“Hasil siasatan awal, tiada sebarang pengenalan diri ditemukan bersama mayat berkenaan dan kita sudah meminta bantuan unit forensik ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Pahang untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul pukul 9 pagi.

Katanya, pihak bomba dihubungi menerusi pusat gerakan operasi bagi membantu susulan penemuan mayat tanpa pengenalan diri tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.