Lelaki mengamuk di Pasir Puteh dipercayai ada masalah mental

Lelaki mengamuk di Pasir Puteh dipercayai ada masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Pengguna jalan raya di Simpang Jeram Pasu-Telipot, Padang Pak Amat, di sini, hari ini berdepan detik cemas apabila seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental mengamuk.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, lelaki berusia 49 tahun telah bertindak menyerang sebuah kenderaan sebelum menaiki sebuah lori ais.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di lokasi semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, insiden itu telah dilaporkan oleh orang awam menerusi talian kecemasan 999 selepas suspek bertindak agresif.

“Sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 9.30 pagi mendapati lelaki itu telah diberkas oleh orang awam. Lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk siasatan lanjut dan mendapati lelaki berkenaan mempunyai masalah mental.

“Semakan lanjut mendapati terdapat beberapa versi video berkait kejadian itu tular di media sosial. Jadi saya nasihatkan agar orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Zaizul Rizal memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inpektor Muhamad Nabil Aizat Rusdy di talian 013-6232713 bagi membantu siasatan lanjut.

Sebelum itu, tular seorang lelaki berpakaian lengkap memegang senjata mengamuk dan merosakan kereta yang melalui jalan tersebut.-UTUSAN

 

 

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya