Lapan calon duduki SPM di hospital di Pahang kerana kemalangan - Utusan Malaysia

Lapan calon duduki SPM di hospital di Pahang kerana kemalangan

SEORANG calon sebak sebelum memasuki dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad, di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai lapan orang daripada 20,850 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertulis di Pahang menduduki peperiksaan itu di hospital kerana masalah kesihatan.

Tiga hospital terbabit adalah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan Hospital Lipis di Lipis.

Kesemua calon yang menduduki peperiksaan di tiga hospital itu kerana kemalangan jalan raya.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Mohammad Rosli Abdul Rahman berkata, daripada 20,850 calon terbabit, 17,573 merupakan calon sekolah, 773 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 1,465 calon Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), swasta (224 calon), persendirian (725 calon) dan 90 calon sekolah agama rakyat (SAR).

Beliau berkata, seramai 116 merupakan calon berkeperluan khas (CBK) membabitkan masalah pembelajaran (47), pendengaran (lapan), rabun (19), fizikal (40) dan masing-masing seorang calon masalah pelbagai dan pertuturan.

“Seramai 620 orang merupakan calon pelajar Orang Asli dari seluruh negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di sini hari ini.

MOHAMMAD ROSLI Abdul Rahman (tengah) bertanyakan sesuatu kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad, di Kuantan, Pahang. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF

Mohammad Rosli berkata, sebanyak 263 pusat peperiksaan terlibat di negeri ini membabitkan sekolah (197), MRSM (enam), SMAN (18), swasta (empat), persendirian (34) dan SAR empat pusat peperiksaan.

“Untuk SPM bertulis kali ini, seramai 262 ketua pengawas terlibat, 75 penyelia kawasan, pengawas (1,244), pengawas hospital (15) dan pengawas simpanan (44),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya