Laman sosial bantu tingkatkan kutipan zakat Maik

Laman sosial bantu tingkatkan kutipan zakat Maik

TENGKU Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (dua kanan) semasa sidang media selepas membentangkan Laporan Khas Terimaan Dan Perbelanjaan Maik Bagi Tahun 2022 di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berjaya meningkatkan jumlah hasil kutipan zakat menggunakan laman sosial menerusi penyebaran video pendek.

Berdasarkan statistik sepanjang tahun lepas, Maik berjaya mengutip zakat sebanyak RM227,209,887 iaitu peningkatan lapan peratus berbanding RM209,988,476 pada 2021 lalu.

Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pendekatan baharu yang diperkenalkan pada tahun 2021 lalu itu mendapat sambutan menggalakan daripada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

“Sejak video pendek itu disebarkan menggunakan aplikasi TikTok kita dapati jumlah kutipan menunjukkan peningkatan secara efektif termasuklah usaha yang dilakukan oleh Unit Media Maik (Unit Komunikasi Korporat dan Portal).

“Besar harapan Maik agar kutipan zakat akan meningkat setiap tahun, memandangkan golongan muda gemar melayari internet dan membuat bayaran secara dalam talian. Tahun ini Maik menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM240 juta,” katanya semasa sidang akhbar selepas membentangkan Laporan Khas Terimaan Dan Perbelanjaan Maik Bagi Tahun 2022 di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan memberitahu,  sepanjang tahun lepas Maik telah membelanjakan sejumlah lebih RM200 juta wang zakat berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM174 juta dengan peningkatan sebanyak 15 peratus.

Katanya, daripada jumlah itu, perbelanjaan Program Asnaf Fakir dan Miskin merupakan yang terbesar dalam agihan zakat iaitu sebanyak RM92,557,157) bagi tahun lalu.

“Ia meliputi bantuan bulanan fakir dan miskin (RM30,443,370), program bantuan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT) sebanyak RM15,624,900) dan bantuan rumah kediaman (RM12,771,618) serta pelbagai bantuan lain,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya