Kerajaan sedang muktamadkan pintu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan

Kerajaan sedang muktamadkan pintu sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan

SAIFUDDIN Nasution Ismail (dua dari kiri) menyerahkan pas sempadan kepada penerima semasa mengadakan lawatan ke Jeti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kerajaan sedang mengenal pasti dan akan memuktamadkan pintu masuk baharu antara Malaysia dan Indonesia selepas pembangunan ibu negara tersebut di Kalimantan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sempadan baharu itu merupakan antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua negara menerusi Perjanjian Lintas Batas (CBA) berikutan pembukaan ibu negara baharu Indonesia iaitu Nusantara.

Menurutnya, terdapat tiga perkara penting perlu dikenalpasti sebelum memuktamadkan pintu masuk baharu itu.

“Antara komponen penting yang telah dikenal pasti antaranya titik ke titik pintu masuk di sebelah kita (Malaysia).

“Di bahagian Indonesia pula, kedua-dua negara perlu mengetahui keluasan yang meliputi melalui CBA dan kategori penduduk di situ,” katanya selepas mengadakan tinjauan perairan Sungai Golok dekat Pengkalan Kubor di sini hari ini.

 

SAIFUDDIN Nasution Ismail (kiri) menaiki bot untuk melakukan meninjau di Sungai Golok di Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Saifuddin memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu di Indonesia pada minggu lalu.

Katanya, lawatan rasmi Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia pada tahun ini akan menentukan komponen penting mengenai aspek persempadanan kedua-dua untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, pihaknya sedia  memperluaskan penggunaan dron dalam meningkatkan kawalan keselamatan sempadan negara dalam usaha membanteras aktiviti jenayah.

Katanya, kawalan sempadan negara perlu bergerak seiring dengan teknologi baharu dan tidak lagi menggunakan cara lama seperti membina pagar atau pun pos kawalan keselamatan.

Ujarnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan permohonan peruntukan daripada kementerian kewangan bagi merealisasikan hasrat itu.

“Penggunaan teknologi dron bagi mengawal keselamatan sempadan negara ini adalah hasrat dan impian kami.

“Sebagai contoh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sudah menggunakan dron untuk mengawal sempadan Laut dan ancaman keselamatan di sempadan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.