Kerajaan perlu selaras pemberian elaun penjawat awam -Ceupacs

Kerajaan perlu selaras pemberian elaun penjawat awam -Ceupacs

ADNAN Mat (kiri ) menampalkan pelekat kepada kenderaan perkhidmatan e-hailing di Pejabat Perkeso Negeri Kelantan hari ini. UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan  meneliti dan menyelaraskan pemberian beberapa elaun yang bersesuaian dengan situasi semasa yang dihadapi penjawat awam ketika ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pemberian elaun ini adalah salah satu langkah yang boleh dilakukan kerajaan bagi memenuhi kehendak penjawat awam yang dibebani dengan kerja serta  kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurutnya, bentuk-bentuk pelarasan dan pemberian elaun ini akan memberi keselesaan kepada golongan itu terutama dari segi pendapatan serta perbelanjaan yang adil.

“Jika kerajaan ada kekangan tertentu untuk menaikkan gaji penjawat awam ketika ini, maka Cuepacs melihat kerajaan hendaklah terus memperkasakan penjawat awam untuk memberi sedikit imbuhan dalam bentuk elaun-elaun yang lain yang boleh diselaraskan.

“Ini adalah antara perkara yang kerajaan boleh buat supaya penjawat awam mendapat sedikit peningkatan sekaligus memberi sedikit kelegaan kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perkeso Negeri Kelantan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, semasa diminta mengulas mengenai masalah tekanan di tempat kerja yang dihadapi penjawat awam, Adnan memberitahu gaji  dan bebanan kerja menjadi antara punca kepada masalah berkenaan. 

“Apabila duit tidak cukup atau dalam bahasa mudah, gaji tidak cukup, ia akan turut memberi tekanan kepada penjawat awam kerana ia berkaitan dengan kehidupan yang selesa.

“Tekanan ini juga berkaitan dengan bebanan kerja disebabkan kekosongan perjawatan tanpa pengisian segera terutama melibatkan sektor perkhidmatan kepada rakyat,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya