Johor anjur BRAJ di 30 lokasi - Utusan Malaysia

Johor anjur BRAJ di 30 lokasi

ZAHARI SARIP (kanan) meninjau produk pertanian yang dijual pada Majlis Pelancaran Bazar Rakyat Agro Johor di Laman Simpang Renggam, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) di 30 lokasi berbeza sepanjang tempoh empat bulan bermula hari ini hingga Jun depan.

BRAJ akan diadakan di 10 daerah di kawasan tumpuan ramai pada setiap hujung minggu termasuk kawasan luar bandar bagi memastikan orang ramai mendapatkan produk pertanian segar serta murah secara terus dari peladang di setiap daerah. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, kira-kira 500 pengusaha dan usahawan FAMA akan terlibat secara langsung sepanjang tempoh penganjuran BRAJ.

“Sejumlah RM300,000 diperuntukan di bawah Jawatankuasa Kerja Sekuriti Makanan Negara Johor bagi memastikan bekalan di setiap lokasi pelaksanaan BRAJ bagi memastikan bekalan mencukupi untuk dijual kepada orang ramai. 

“BRAJ akan beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang dan barangan akan dijual pada harga berpatutan di tiga lokasi berlainan di setiap daerah yang sudah dikenal pasti oleh pihak FAMA,” katanya selepas Majlis  Pelancaran Bazar Rakyat Agro Johor di Laman Simpang Renggam, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah FAMA Johor, Shahrizan Sudiman. 

Zahari berkata, penganjuran BRAJ merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu rakyat mengatasi  kenaikan harga barang.

Selain barangan seperti ayam, telur, minyak masak peket, sayur-sayuran dan ikan yang dijual pada harga lebih rendah, turut disediakan adalah jualan tambahan iaitu Baucer Khas melalui Agrobazar Online (ABO) serta Jualan Produk Agromas dan Industri Asas Tani (IAT). 

“Secara jelasnya, BRAJ ini melibatkan hampir 60 peratus usahawan baharu, iaitu belia tempatan yang turut memberi peluang kepada mereka meningkatkan peluang perniagaan dan pendapatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya