Dua penyeludup terima upah RM10 di tahan

Dua penyeludup terima upah RM10 di tahan

ANGGOTA penguat kuasa KPDN Kelantan memeriksa minyak diesel yang dirampas dalam serbuan di Bachok, Kelantan semalam.-UTUSAN/IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Dua penyeludup diesel bersubsidi yang menerima upah RM10 untuk setiap tong jerikin ditahan dalam serbuan berasingan di sini semalam.

Kedua-dua suspek warga tempatan yang berusia 20-an itu diberkas dalam serbuan di Melawi dan Pauh Lima.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Azman Ismail berkata, rampasan bernilai RM3,117.50 itu hasil kerjasama pihaknya dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok menerusi Ops Pencegahan Ketirisan Barangan Kawalan.

Menurutnya, terdahulu bertindak atas maklumat risikan sepasukan anggota telah mengesan pergerakan serentak dua buah kenderaan dari Tok Bali, Pasir Puteh menghala ke Tumpat dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota bertugas kemudian telah berjaya salah sebuah kereta jenis Proton Saga yang membawa sebanyak 30 tong berisi diesel di Kampung Melawi.

“Selepas itu KPDN Kelantan telah meminta bantuan IPD Bachok untuk menahan sebuah lagi kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang telah bertindak melarikan sebelum ini. Kereta ini berjaya ditahan di Pauh Lima dan pemeriksaan telah menjumpai sebanyak 28 tong minyak diesel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman memberitahu, siasatan mendapati kedua-dua suspek mengambil upah sebanyak RM10 untuk satu tong yang dipercayai untuk dihantar ke kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Tumpat.

Katanya, berpandukan kepada maklumat bahan api dipercayai di ambil di kawasan sempadan negeri ini.

“Kita turut menyita dua buah kereta yang digunakan untuk aktiviti ini dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya