KOTA KINABALU: Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Warisan (Warisan) tidak perlu mendesak Presiden parti, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menunjukkan bukti mereka menerima tawaran wang jutaan ringgit. Malah, Ketua Penerangan Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, biar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengenai isu jual beli ADUN berkenaan. Beliau membuat penegasan demikian susulan penafian ADUN Kunak, Norazlinah Arif bahawa menerima RM3 juta sebelum keluar…