Banjir semakin pulih, hanya tujuh mangsa di sebuah PPS di Maran - Utusan Malaysia

Banjir semakin pulih, hanya tujuh mangsa di sebuah PPS di Maran

MANGSA banjir menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika ditempatkan di PPS balai raya Ulu Sungai di Raub, Pahang. - FOTO /IHSAN APM RAUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bilangan mangsa banjir di Pahang yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) cuma berbaki tujuh orang daripada dua buah keluarga di Maran, dekat sini sehingga pukul 8 malam ini.

Seramai lima mangsa daripada sebuah keluarga yang ditempatkan di PPS balai raya Kampung Baru Pertanian, Maran telah pulang ke rumah masing-masing berikutan banjir pulih pukul 4 petang hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, penurunan mangsa banjir di negeri ini selepas PPS balai raya Ulu Sungai, Raub ditutup pukul 3 petang hari ini setelah 21 orang mangsa daripada lapan buah keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Mangsa yang pulang kini terus dipantau oleh anggota APM serta bomba dan penyelamat memandangkan keadaan cuaca masih tidak menentu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Che Adam berkata, tiga batang sungai masih menunjukkan paras bahaya walaupun tren menurun, iaitu, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran mencatat aras air setinggi 19.24 meter, Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan (10.59 meter) dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau – Keratong, Rompin (23.26 meter).

“Dua batang sungai di Maran dan satu di Kuantan masih menunjukkan aras waspada dalam keadaan tren menurun, manakala ribut petir dilaporkan masih berlaku di beberapa tempat mulai petang hari ini hingga ke malam esok.

“Laporan metrologi juga menunjukkan tiada hujan dilaporkan setiap daerah mula malam ini hingga malam esok,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya