Banjir Johor hampir pulih, hanya 163 mangsa di 4 PPS - Utusan Malaysia

Banjir Johor hampir pulih, hanya 163 mangsa di 4 PPS

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam melakukan pemantauan banjir di Kampung Pagoh, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini hampir pulih sepenuhnya apabila hanya tinggal 163 mangsa daripada 43 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) hingga pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu menunjukkan pengurangan ketara berbanding 420 mangsa yang direkodkan pagi semalam.

“Walau bagaimanapun, tiga daerah masih mempunyai PPS yang beroperasi, iaitu Batu Pahat, Segamat dan Mersing.

“Batu Pahat menempatkan seramai 130 mangsa daripada 34 keluarga di dua PPS, manakala di Segamat, 26 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di sebuah PPS dan Mersing seramai tujuh sekeluarga ditempatkan di sebuah PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebatang jalan masih ditutup untuk semua kenderaan, iaitu Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai disebabkan tanah runtuh.

Selain itu, Sungai Bekok di Batu Pahat masih merekodkan bacaan air paras bahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya