Bandar Baharu KotaSAS bakal dijadikan ‘kota perayaan’ - Utusan Malaysia

Bandar Baharu KotaSAS bakal dijadikan ‘kota perayaan’

NG Choon Cheng (tengah) pada majlis penutupan sambutan perayaan Cap Goh Mei yang dimeriahkan dengan persembahan Tarian Naga di Taman Tasek KotaSAS di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS) di sini bakal dijadikan ‘kota perayaan’ bagi meraikan perayaan-perayaan utama masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan pelbagai gaya sambutan dalam tempoh terdekat ini.

Hampir 6,000 pengunjung khususnya daripada warga daerah ini dihimpunkan di KotaSAS bagi meraikan sambutan perayaan Chap Goh Mei, pada Ahad lalu membabitkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Pengarah Urusan Wawasan Intact, Datuk Ng Choon Cheng berkata, penganjuran julung kali dengan kerjasama KotaSAS itu bertujuan memperlihatkan kepada orang ramai tentang budaya dan tradisi masyarakat Cina.

Menurutnya, sambutan sebegini memperlihatkan bahawa bandar baharu KotaSAS berjaya merapatkan hubungan antara pelbagai kaum menerusi perayaan.

“Dalam penganjuran sambutan ini, rakyat tempatan dapat mengenal dan menyelami budaya dan tradisi masyarakat ini yang telah bermula sejak zaman Dinasti Han.

“Kita hendak orang faham memandangkan setiap budaya tidak sama, ada perbezaan yang unik dan tersendiri sekali gus ia boleh merapatkan hubungan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Justeru itu, akan ada lebih banyak lagi perayaan mengikut kaum… bukan sahaja dia sambut secara amnya di seluruh Malaysia malah secara istimewanya bakal di sambut di sini bagi tempoh sepanjang tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas penutupan Majlis Sambutan Perayaan Cap Goh Mei di sini.

Sambutan perayaan Cap Goh Mei yang diadakan di Taman Tasek KotaSAS itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains dan Inovasi negeri, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib, Ahad lalu.

Sementara itu, Ketua KotaSAS, Mohd. Farizan Mohd. Dalimi berkata, lokaliti penganjuran di Bandar Baharu Kuantan itu amat bertepatan, sekaligus dapat mempromosikan konsep kediaman pintar dibangunkan syarikat berkenaan.

Tambahnya, selari dengan misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat perumahan itu, pihaknya akan menjadikan lokasi tersebut sebagai ‘Kota Perayaan’.

“Berbeza dengan penubuhan KotaSAS sejak 12 tahun lalu, kini tidak lagi terarah kepada pembangunan fizikal, tetapi lebih tertumpu untuk berkongsi kemajuan bersama masyarakat setempat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya