Wajibkan dos penggalak demi capai 80 peratus

Wajibkan dos penggalak demi capai 80 peratus

Pelancong dari China, Joe Choo melakukan ujian Covid-19 sebelum berlepas ke Guangzhou di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Sabtu lalu. – MINGGUAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memastikan kadar vaksinasi dos penggalak ketiga dalam kalangan rakyat di negara ini mencapai 80 peratus menje­lang kemasukan lebih ramai pengembara luar negara terma­suk dari China nanti.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, langkah mewajibkan vaksinasi dos penggalak pada masa sekarang disifatkan wajar dan bertepatan bagi me­ngurangkan kadar kematian dan jangkitan.

Justeru katanya, kerajaan harus menyediakan inisiatif khas termasuk pendaftaran automatik Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 (PEKA B40) atau program saringan ke­sihatan lain.

“Dos penggalak perlu ada sesuatu yang mendorong orang ramai. Dorongan itu ada dua cara. Umpama lobak merah dan penyepit. Kalau dia nak makan perlu ada penyepit. Lobak merah pula dorongannya. Pada saya, orang yang tidak mengambil dos ketiga ini mereka yang duduk di kawasan desa atau mereka yang berpendapatan rendah

“Jadi perlu ada inisiatiflah seperti pendaftaran automatik Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 (PEKA B40) atau program saringan kesihatan ini daripada segi lobak. Untuk penyepit pula, kalau tidak terima dos ketiga, mungkin tidak dibenarkan ke luar negara atau ke tempat-tempat berisiko tinggi,” katanya baru-baru ini.

Sebelum ini, Kabinet memutuskan tiada sebarang la­rangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong daripada mana-mana negara luar termasuk China ke negara ini walaupun isu kesihatan rakyat menjadi keutamaan.

Langkah itu diambil agar tiada diskriminasi kepada China ekoran situasi terkini.

Dalam pada itu, Boon Chye berkata, kerajaan perlu menghentikan pembangunan vaksin Covid-19 yang dirancang sebelum ini membabitkan universiti awam dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

“Kalau ada sesiapa yang mahu bangunkan vaksin Co­vid-19 ini sepatutnya tidak melibatkan dana kerajaan.

“Biar pihak swasta sahaja terlibat dan mereka akan ambil risiko sendiri berdasarkan pertimbangan mereka terutama dalam aspek pelaburan. Ke­rana apa? Sebab saya lihat untuk buat vaksin bukan sesuatu perkara mudah. Sebab vaksin diberikan untuk mereka yang sihat.

“Kecuali kita boleh buktikan vaksin bukan setakat selamat tapi dapat melin­dungi daripada jangkitan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN