UMNO boleh berubah kalau ada pengorbanan di setiap peringkat

UMNO boleh berubah kalau ada pengorbanan di setiap peringkat

AZHAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

5 SOALAN

 

Mukadimah
Meskipun UMNO berusaha untuk melaksanakan transformasi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, namun parti itu dilihat masih tidak diterima rakyat, malah keputusannya lebih teruk berbanding PRU14.

Merungkai persoalan tersebut, seorang perwakilan yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr. Azhar Ahmad berkata, UMNO perlu ada pengorbanan, bukan sahaja di peringkat kepemimpinan tertinggi, malah ia turut melibatkan semua peringkat termasuk bawahan.

Ikuti temu bual eksklusif beliau bersama wartawan Mingguan Malaysia, ASLINDA NASIR.

 

Bagaimana Datuk melihat mood perwakilan?
Kalau kita lihat dalam dewan, riuh bila disebut dua jawatan itu tidak dipertandingkan, ada yang kata perlu dipertandingkan. Tetapi bagi kami di Perak, kita akan ikut keputusan yang ditetapkan oleh parti. Kita akur dan kami akan menyerahkan kepada bahagian untuk menentukan. Cuma kami sebulat suara menyokong Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meneruskan kepimpinan.

Ada perwakilan tidak menyokong Presiden?

Dalam hidup ini ada orang tidak suka, ada orang suka, inilah namanya kehidupan. Kehidupan ini dinamik, tiada yang statik. Begitu juga dengan pemimpin, ada orang suka, ada orang tidak suka. Mereka tengok kita ini pelbagai sisi. Tetapi semua pandangan itu harus berasaskan fakta, berasaskan kehendak semasa, berasaskan parti, berasaskan bagaimana hendak menjadikan UMNO kembali semula daripada keadaan yang hampir hilang maruah ini.

Adakah kepemimpinan Pre­siden hari ini mampu menaikkan semangat UMNO yang dilihat hampir hilang maruah?
Presiden kita ada pandangan berwawasan bagaimana perjalanan UMNO hari ini sampai ke hadapan. Kita nak mencantikkan wajah perlu ada kaedah dan perlu ada pengorbanan.

Apa pengorbanannya?
UMNO perlu ada transformasi, banyakkan orang muda, teknokrat, ulama bersama kita, pelajar bersama kita, ini semua langkah bagaimana nak cantikkan muka kita. Nak bagi orang suka pada UMNO, bukan hanya untuk orang Melayu. Dan yang paling penting, perlu ada kesetiaan dan kejujuran dalam parti.

Mengapa transformasi UMNO tidak diterima pada PRU15?
Rakyat tidak suka kita ini sebab termakan fitnah, fitnah lebih teruk daripada membunuh, UMNO ini dilabel rasu­ah, penipu, dan dimasukkan dalam pemikiran kita hari-hari, sebab itu bila cakap UMNO sahaja, orang meluat. Itu antara punca penolakan orang. Jadi, nak menyucikan UMNO ini kena bermula dari sekarang. Perlu dimulakan bukan dari atas, tapi dari atas, bawah, tengah, tepi kiri kanan. Mesti ada kualiti. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN