Pesara rugi RM132,590, wang jual rumah lesap ditipu pelaburan forex - Utusan Malaysia

Pesara rugi RM132,590, wang jual rumah lesap ditipu pelaburan forex

CHUA KOK LIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Impian seorang pesara meraih keuntungan berganda menerusi pelaburan forex bertukar mimpi ngeri apabila kerugian RM132,590 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tersebut.

Difahamkan, sebahagian wang yang dilaburkan mangsa untuk pelaburan itu diperoleh daripada hasil jualan rumah miliknya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 19 Oktober lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 73 tahun itu diperkenalkan kepada skim pelaburan berkenaan oleh seorang kenalan yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut mula menyertai skim pelaburan itu pada 4 Julai lalu sebelum membuat pelaburan secara berperingkat dalam tempoh kira-kira dua bulan.

“Bagaimanapun, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila sistem pelaburan berkenaan tidak lagi dapat diakses pada 14 September lalu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, sepanjang terlibat dalam pelaburan berkenaan, mangsa juga tidak menerima sebarang keuntungan mahupun pulangan modal seperti yang dijanjikan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terbabit dalam kegiatan penipuan itu

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini