Situasi banjir di Johor makin baik - Utusan Malaysia

Situasi banjir di Johor makin baik

SEBUAH rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Perpat, Tanjung Sedili, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini bertambah baik apabila jumlah mamgsa yang semakin berkurangan menjadi 4,868 orang di 50 pusat pemindahan sementara (PPS) pada pukul 8 pagi ini berbanding 5,476 petang semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, mangsa yang terjejas daripada 1,331 keluarga di lapan daerah, iaitu Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Pontian, Muar, Batu Pahat dan Tangkak.

“Mersing kini menjadi daerah paling terjejas dengan 1,793 mangsa yang ditempatkan di 11 PPS, diikuti Kluang dengan 1,173 mangsa, Kota Tinggi (900), Segamat (490), Batu Pahat (358), Muar (120), Pontian (18) dan Tangkak (13),” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Antara PPS yang dibuka termasuk PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Balai Raya Kampung Perpat, Dewan Pusat Banjir Jakoa,  Dewan Serbaguna Pekan Air Panas; Dewan Komuniti Tasek dan Kompleks Taman Negara Endau Rompin.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meletakkan beberapa daerah di negeri ini di bawah amaran hujan berterusan tahap waspada, iaitu Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

Lima jalan ditutup sementara, iaitu Jalan Nitar Timur-Pengkalan Batu, Jalan Tanah Abang dan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau, Jalan Felda Medoi dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.