Remaja Orang Asli maut diserang gajah ketika mencari durian - Utusan Malaysia

Remaja Orang Asli maut diserang gajah ketika mencari durian

ANDY Yok Manin maut diserang gajah liar di Kampung Tual, Pos Sinderut di Lipis, Pahang. - FOTO /IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Hasrat seorang remaja Orang Asli untuk mencari durian berakhir dengan tragedi selepas maut diserang gajah liar dalam kejadian di Kampung Tual, Pos Sinderut di sini.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang hari ini itu adalah Andy Yok Manin, 15,.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Azli Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 4.30 petang daripada Tok Batin Kampung Tual yang menyatakan terdapat kematian seorang lelaki di kampung tersebut kerana diserang gajah.

“Mangsa diserang oleh seekor gajah semasa bersama ahli keluarganya berada dalam kawasan kebun durian di Kampung Tual.

“Serangan gajah liar dipercayai bermula dari Kampung Regang yang menyebabkan haiwan tersebut dihalau oleh orang kampung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, gajah liar berkenaan kemudiannya lari menghala ke kawasan kebun durian Kampung Tual lokasi mangsa berada.

Beliau berkata, selepas serangan itu, keluarga mangsa bertindak membawanya pulang ke rumah sebelum disahkan meninggal dunia.

Ujarnya, anggota balai polis Sungai Koyan membawa mangsa ke unit forensik Hospital Kuala Lipis untuk prosed bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya