PRN: Rakyat tetap undi PN

PRN: Rakyat tetap undi PN

HAMZAH Zainudin (dua dari kiri) diiringi Ahmad Yakob (dua dari kanan) semasa menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Perikatan Nasional (PN) yakin rakyat akan tetap mengundi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sekaligus mengekalkan pentadbiran di Kelantan, Terengganu, Kedah selain mencongak peluang merampas kerusi di Pulau Pinang, Negeri Sembilan serta Selangor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keyakinan itu berpandukan kepada momentum sokongan rakyat terdahap gabungan tersebut semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Keputusan PRU15 menunjukkan ada kesedaran dalam kalangan pengundi dan mereka sudah muak dengan janji-janji politik tidak tertunai. 

“Mereka mahu lihat kita tunaikan apa yang telah dicakapkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan untuk mangsa banjir di Wakaf Bharu yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Dalam perkembangan lain, Hazmah memberitahu, PN sudah menyelesaikan urusan agihan kerusi antara parti komponennya untuk PRN namun belum dimuktamadkan.

Katanya, PN meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas utama dalam mencari titik persamaan menyelesaikan perkara tersebut.

“Kita berbincang secara ‘adik-beradik’ dan tidak timbul soal ikhlas atau tidak. Kita terima apa yang terbaik dan kepentingan rakyat diutamakan.

“Boleh dikatakan semua telah siap tetapi belum dimuktamadkan. Mungkin boleh berubah bergantung kepada Majlis Tertinggi PN,” ujarnya.

Ketua Pembangkang itu, bagaimanapun enggan mendedahkan mekanisma dan kuota kerusi bagi parti-parti komponen PN kerana ia merupakan sebahagian daripada strategi pilihan raya.

Katanya apa yang penting adalah calon yang dipilih boleh memenuhi dan memperjuangkan kepentingan rakyat di kawasan-kawasan yang mereka wakili tidak kira daripada parti mana pun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya