Lelaki Orang Asli demam panas naik helikopter ke hospital

Lelaki Orang Asli demam panas naik helikopter ke hospital

RIZAL Aga terpaksa dibawa keluar menggunakan helikopter Unit Udara JBPM sebelum di hantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan semalam-UTUSAN/IHSAN UNIT UDARA JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki Orang Asli dari Pos Balar di sini yang pengsan dipercayai terkena serangan demam demam panas terpaksa dikejarkan ke Hospital Gua Musang menggunakan helikopter bantuan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), semalam.  

Sebelum itu, Rizal Aga, 28, dilaporkan mengalami demam panas dan muntah sejak tiga hari lalu menyebabkan badannya menjadi lemah dan tidak bermaya.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, pihaknya berlepas dari Pangkalan Wilayah Tengah Subang pada pukul 9.40 pagi selepas menerima maklumat berkait perkara tersebut daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Kami tiba dengan pesawat Mi-17-IV di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 10.55 pagi untuk mengambil dua jururawat sebelum tiba di Pos Balar pada pukul 11.20 pagi.

“Sebaik sahaja mendarat di Pos Balar, anggota bertugas terpaksa menggunakan pengusung untuk membawa lelaki berkenaan menaiki helikopter selepas dia dilihat sudah tidak bermaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hasrizal memberitahu, pihaknya selamat mendarat di padang Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 11.45 pagi.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pesawat berlepas pulang selepas proses sanitasi dan selamat mendarat di Pangkalan Wilayah Tengah Subang pada pukul 3.40 petang.

“Penerbangan itu diketuai oleh juruterbang, Leftenan Kolonel Tengku Ahmad Shaif Isnawi Tengku Muhamad dan pembantu juruterbang Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Hafiz Sulaiman serta dibantu enam lagi anggota,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.