KPDN Perlis gempur rumah dijadikan setor pengumpulan diesel bersubsidi

KPDN Perlis gempur rumah dijadikan setor pengumpulan diesel bersubsidi

ANGGOTA penguatkuasa KPDN Perlis melakukan pemeriksaan di sebuah setor terletak di bahagian belakang sebuah rumah sekitar Padang Besar, Perlis menerusi satu operasi yang dijalankan semalam. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menggempur sebuah rumah yang disyaki dijadikan setor penyimpanan bahan api bersubsidi diesel dalam satu operasi yang dijalankan di sini semalam.

Operasi yang bermula pada pukul 10 pagi itu dijalankan susulan daripada risikan anggota KPDN sejak dua minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN negeri, Mohamad Amir Abdullah berkata, hasil pemeriksaan di kawasan kediaman itu mendapati terdapat sebuah setor penyimpanan bahan api diesel di belakang rumah tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat bahan kawalan diesel disimpan di dalam stor berkenaan.

“Berikutan itu, KPDN merampas cecair diesel dengan kapasiti sekitar 3,380 liter, tong drum, jerry can, intermediate bulk containers (IBC) tank dan pam minyak bersama hos getah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM9,447,”ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad Amir berkata, menerusi operasi tersebut, KPDN turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes itu.

Katanya, tindakan juga akan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kita akan meneruskan pemantauan bagi memastikan tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan menjual bahan api bersubsidi diesel kepada kenderaan asing,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya