Kerajaan sedia jumpa KKM, pemain industri bincang ketum, ganja

Kerajaan sedia jumpa KKM, pemain industri, NGO bincang tanaman ketum dan ganja

FADILLAH Yusof (kiri) semasa melawat galeri kenaf di  Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemain industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkait dengan tanaman ganja dan ketum di negara ini untuk tujuan perubatan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perbincangan itu bagi melihat kesesuaian pelaksanaan sekiranya tanaman itu dibenarkan untuk ditanam terutama melibatkan aspek kawalan.

“Kita melihat di dunia terutamanya di Amerika Syarikat, Belanda dan Thailand sudah membenarkan tanaman itu diusahakan. Bagaimanapun perlu diingat di Malaysia  barangan ini (ganja dan ketum) adalah kawalan.

“Oleh itu, kita (kerajaan) perlu bincang dengan KKM, bagaimana hendak jadikan produk ini (ganja dan ketum) boleh ditanam, diproses dan dijual hasilnya di Malaysia. Tetapi dalam keadaan terkawal,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kenaf dan Tembakau Negara (LTKN) di Kubang Kerian di sini hari ini.

Fadillah memberitahu, apabila produk itu melibatkan nama ganja ia menimbulkan persepsi yang agak berat dalam kalangan masyarakat.

Katanya, oleh yang demikian perkara ini perlu diuruskan dengan sebaik mungkin dan beliau melihat jika tanaman itu diusahakan secara terkawal bermula daripada awal sehingga akhir untuk nilai perubatan dalam negara termasuklah eksport perkara tersebut boleh diberikan keutamaan.

“Disebalik negatif, ada nilai positif daripada hasilan tamanan ini. Mengenai perbincangan lanjut, saya mohon diberikan masa kerana baharu sahaja menggalas tugas sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi,” ujarnya.-UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.