Kemelut UMNO Sabah selesai dalam masa terdekat - Zahid

Kemelut UMNO Sabah selesai dalam masa terdekat – Zahid

Ahmad Zahid Hamidi melawat pameran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di WTC, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perpecahan dalam UMNO Sabah ekoran pergolakan politik di negeri itu akan diselesaikan dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden UMNO itu berkata, pihaknya menghormati keputusan pimpinan Sabah dan pada masa yang sama yakini ia dapat diselesaikan dengan baik dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Kita tahu bahawa politik di Sabah sangat rapuh. Dan kami mengambil jalan untuk cooling off pergi melihat bahawa politik di negeri itu harus memberikan keutamaaan kepada rakyat. Rakyat tidak harus dimangsakan.

“Biarpun kita lihat perubahan barisan kabinet negeri, biarpun kita lihat ada beberapa perubahan jawatan di peringkat yang lain, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) dan saya mengambil pendirian kerajaan perpaduan Sabah harus mencari jalan untuk diwujudkan, maka apa yang kita lihat modaliti yang ada di Putrajaya, acuan itu akan disesuaikan mengikut keserasian politik di Sabah

“Dan ini telah diusahakan sewaktu kami di Kota Kinabalu beberapa ketika yang lalu dan ini akan diteruskan. Kita hormati perubahan yang berlaku dalam politik Sabah, tetapi tidak mustahil kerajaan perpaduan Sabah mengikut acuan politik Sabah akan dapat dilakukan dalam waktu yang terdekat,” katanya ketika di temu bual secara eksklusif di Perdana Suites, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC), semalam.

Terdahulu, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah mengecam tindakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, sekali gus mendesak beliau meletak jawatan.

Dalam penubuhan kerajaan negeri Sabah baharu, Bung telah digugurkan daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan digantikan dengan ADUN Tanjung Keramat, Shahelmey Yahya.

Ahmad Zahid keyika ditanya mengenai anggaran masa untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku, berkata : “Allah Taala akan menentukannya bila.”

Katanya, beliau akan mencari jalan yang terbaik agar semua pihak dan parti politik akan berada dalam wadah yang sama untuk kerajaan yang lebih stabil di Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN