Jumlah mangsa banjir di Johor terus berkurangan - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Johor terus berkurangan

KEADAAN air Sungai Kahang yang menunjukkan penurunan dan situasi banjir di Johor semakin pulih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin berkurangan menjadi 3,480 orang daripada 960 keluarga yang masih ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan,  daerah yang masih terjejas akibat banjir ialah Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Muar, Batu Pahat dan Tangkak.

“Mersing kekal sebagai daerah paling terjejas dengan seramai 1,818 penduduk yang ditempatkan di 12 buah PPS dibuka di daerah berkenaan.

“Ini diikuti dengan daerah Kluang dengan seramai 735 mangsa, Kluang (735), Kota Tinggi (417), Batu Pahat (380), Segamat (115) dan Tangkak (15),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Antara PPS yang dibuka termasuk PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Balai Raya Kampung Perpat, Dewan Pusat Banjir Jakoa, Dewan Serbaguna Pekan Air Panas, Dewan Komuniti Tasek dan Kompleks Taman Negara Endau Rompin.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia masih meletakkan beberapa daerah di negeri ini di bawah amaran hujan berterusan tahap waspada, iaitu Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

Tiga jalan masih ditutup sepenuhnya untuk pengguna  iaitu Jalan Tanah Abang, Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau dan Jalan Felda Medoi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya