Isu halal: Jakim minta makmal beri maklumat

Isu halal: Jakim minta makmal beri maklumat

PASARAN halal dijangka melonjak. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta pihak makmal uji kaji makanan swasta tampil memberikan laporan penuh kepada jabatan berkenaan berhubung dakwaan produk halal me­ngandungi unsur babi.

Dalam maklum balas kepada Mingguan Malaysia, Bahagian Pengurusan Halal Jakim berkata, pihaknya memandang serius laporan yang didedahkan di muka depan Utusan Malaysia kelmarin bahawa terdapat sekurang-kurangnya empat pro­duk makanan import dengan logo halal luar negara diiktiraf Jakim mempunyai gelatin babi.

Walau bagaimanapun, katanya, jabatan ini masih belum menerima maklumat lanjut ber­hubung makmal swasta dan produk yang dimaksudkan dalam laporan berkenaan.

“Sehubungan itu, Jakim meminta kerjasama pihak Utusan Malaysia dan makmal swasta berkenaan untuk tampil memberikan laporan penuh kepada Jakim.

“(Ini termasuk) berkenaan produk yang dilaporkan tersebut sebelum siasatan lanjut dapat dibuat bersama pihak berautoriti yang berkaitan,” katanya di sini semalam.

Akhbar ini kelmarin mendedahkan kehadiran unsur babi dalam produk halal itu dikesan selepas sebuah makmal ujikaji makanan swasta yang mengambil sampel 100 produk di pasaran terbuka untuk diuji kemungkinan ia mempunyai bahan yang tidak halal.

Hasilnya, 22 produk yang diambil sampel bagi ujian itu didapati mengandungi bahan daripada unsur babi dengan empat daripadanya mempu­nyai logo halal luar negara diperakui Jakim.

Menurut beliau, ujian tersebut dikendalikan sejak tahun 2016 dan pihaknya membuat laporan segera kepada Bahagian Hab Halal Jakim lengkap dengan hasil keputusan dan produk itu sebaik sahaja dapatan ujian itu diperoleh.

Namun, selepas dirujuk, agensi berkenaan memaklum­kan produk tersebut tidak mempunyai unsur babi hasil ujian yang di­sahkan oleh makmal Jakim sendiri dan makmal sebuah jabatan kerajaan lain.

Apabila pihak makmal itu tahu sebuah jabatan kerajaan mengesahkan produk itu negatif, maka mereka membuat ujian sekali lagi dan ha­silnya tetap positif sekali gus meragui adakah cara ujian yang dilaksanakan agensi kerajaan itu betul atau salah.

“Namun apa yang menyedihkan ialah berdasarkan po­li­si kerajaan, Jakim hanya me­­nerima keputusan analisis dari makmal jabatan kerajaan, malah ia mengatasi semua hasil analisis makmal lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN