Gangguan ah long: Polis giat kesan Muhamad Mustakim - Utusan Malaysia

Gangguan ah long: Polis giat kesan Muhamad Mustakim

MUHAMMAD Mustakim Shaharuddin kini sedang dikesan pihak polis bagi membantu siasatan kes berhubung gangguan oleh ah long di daerah Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis kini sedang mengesan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan kes berhubung gangguan oleh ah long di daerah ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menerusi hebahan di media sosial memohon individu yang mengenali lelaki tersebut, Muhamad Mustakim Shaharuddin dengan alamat terakhir di Jalan Sungai Jai, Beranang, Selangor untuk tampil menyalurkan maklumat.

Menurut kenyataan lagi, Muhammad Mustakim dikehendaki berhubung kes yang disiasat di bawah Seksyen 29B (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

“Alamat kedua individu berkenaan adalah di Taman Irama, Jelebu. Sehubungan itu orang ramai yang mengenali individu ini di harap dapat tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.

“Selain itu, boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Fikri Mokhtar di talian  06-761 2222 atau 016-483 0584,” kata kenyataan itu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya