Daerah Seremban catat RM198j kutipan hasil - Utusan Malaysia

Daerah Seremban catat RM198j kutipan hasil

ISMAIL Ahmad (tujuh dari kanan) dan Mohd. Nizam Tajul Arus (enam dari kanan) bergambar bersama para pemenang kempen Jom Bayar Cukai Tanah 2023 Pejabat Daerah dan Tanah Seremban di Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pejabat Daerah dan Tanah Seremban (PDTS) telah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM198.61 juta sepanjang tahun lalu, mengatasi sasaran RM164 juta.

Pegawai Daerah Seremban, Mohd. Nizam Tajul Arus berkata, jumlah itu juga meningkat berbanding RM140 juta yang dikutip pada 2021.

Katanya, prestasi berkenaan merangkumi kutipan hasil keseluruhan termasuk cukai tanah semasa sebanyak RM64 juta, tunggakan cukai (RM10 juta), premium pemberimilikan (RM87 juta) dan permit tanah galian (RM26 juta).

“Tahniah pada semua pegawai dan kakitangan PDTS yang telah bertungkus lumus dan bekerja keras sepanjang 2022 hingga pencapaian kutipan hasil melebihi 121 peratus daripada jumlah yang disasarkan.

“Jumlah kutipan yang memberangsangkan ini menandakan negara sedang bergerak ke aras pemulihan dan perkembangan ekonomi yang amat diharapkan oleh semua pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyampaian hadiah sempena kempen Jom Bayar Cukai Tanah 2023 anjuran PDTS di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 14 pembayar cukai tanah dipilih sebagai pemenang kerana melunaskan cukai tanah pada hari pertama operasi kerajaan pada tahun ini.

Hadiah berupa barangan elektrik dan baucar beli-belah telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Ismail Ahmad.

Ismail yang mengulas mengenai kutipan hasil oleh PDTS itu berkata, jumlah RM198 juta itu telah menyumbang sebanyak 38.12 peratus kepada keseluruhan hasil negeri berjumlah RM521.15juta.

“Secara tidak langsung ia telah mengubah belanjawan kerajaan negeri  daripada defisit RM88 juta kepada lebihan RM31 juta yang merupakan pencapaian luar biasa,” katanya.

Berikutan itu, beliau menggesa usaha berterusan dilakukan untuk menambah baik sistem kutipan bagi memudah dan menggalakkan para pembayar cukai tanah, premium, lesen dan permit menunaikan tanggung jawab masing-masing.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya