Beri syarikat swasta bangunkan Mimaland

Beri syarikat swasta bangunkan Mimaland

Laluan masuk yang ditutup dengan pagar selepas taman tema pertama negara, Mimaland ditutup pada tahun 1994 dan terbiar sehingga kini. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan dicadangkan untuk membangunkan semula kawasan Taman Tema Malaysia In Miniature Land (Mimaland) di Gombak yang menjadi kawasan terbiar sejak 1994.

Taman tema yang pernah popular sekitar 80-an hingga 90-an itu perlu diberi nafas baharu dalam merancakkan lagi industri pelancongan tempatan daripada terus terbiar puluhan tahun.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan perlu memberi kebenaran dengan menyediakan lesen kepada mana-mana syarikat swasta yang berhasrat untuk membangunkan kawasan tersebut.

“Mimaland adalah tempat riadah dan pelancongan yang sangat diminati suatu ketika dahulu, jadi patutnya kerajaan tidak kira peringkat Persekutuan atau negeri perlu bangunkan ia semula.

“Kalau kerajaan mahu, boleh beri pada mana-mana operator swasta lesen dan buka untuk mereka masuk membangun serta menguruskan taman tema terbiar itu,” katanya.

Menurut Zuraida, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil pihak berwajib, Mimaland akan terus menjadi lokasi terbiar dan berhutan tanpa mendatangkan hasil kepada negara.

Mimaland dibina pada 1971 di atas sebuah tanah berkeluasan 300 ekar di kawasan berbukit di Ulu Gombak dan siap sepenuhnya serta dibuka kepada pengunjung pada 1975.

Bagaimanapun kemalangan maut di kawasan papan luncur gergasi pada Januari 1993 melibatkan seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun menyebabkan lokasi tersebut ditutup sementara.

Pada Mei 1994, berlaku kejadian tanah runtuh di Mimaland yang menyebabkan dinding kolam renang mengalami kerosakan selain dipenuhi air lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN