Banjir di Johor semakin pulih, mangsa berkurangan - Utusan Malaysia

Banjir di Johor semakin pulih, mangsa berkurangan

PIHAK polis sentiasa memantau keadaan semasa paras air Sungai Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir yang memasuki hari keenam di negeri ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa semakin berkurangan, iaitu seramai 3,676 orang daripada 1,020 keluarga setakat pukul 2 petang ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di negeri ini.

Menurutnya, jumlah itu mencatatkan penurunan ketara berbanding seramai 5,427 orang daripada 1,500 keluarga yang direkodkan pada petang semalam.

“Mangsa banjir di Segamat berkurangan menjadi 151 penduduk membabitkan 41 keluarga di lapan PPS berbanding semalam dengan 1,762 mangsa membabitkan 498 keluarga di 21 PPS di daerah itu.

“Keadaan banjir di Kluang juga menunjukkan tanda positif apabila jumlah mangsa berkurangan menjadi 847 orang melibatkan 232 keluarga di lima PPS berbanding 1,176 mangsa daripada 323 keluarga yang direkodkan semalam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, banjir di Kota Tinggi turut semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan daripada 782 orang membabitkan 190 keluarga menjadi 486 mangsa daripada 125 keluarga.

Turut berkurangan, katanya, ialah jumlah mangsa di Muar daripada 217 orang membabitkan 47 keluarga menjadi 19 penduduk melibatkan enam keluarga setakat ini.

“Angka mangsa banjir di Tangkak tidak menunjukkan perubahan dengan 15 penduduk daripada tiga keluarga, manakala Pontian pulih sepenuhnya setelah PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya ditutup pada 12 tengah hari tadi,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, jumlah mangsa banjir di Mersing menunjukkan peningkatan daripada 1,173 orang melibatkan 359 keluarga menjadi 1,795 penduduk daripada 512 keluarga di 12 PPS di daerah itu.

Turut mencatatkan peningkatan ialah mangsa banjir di Batu Pahat daripada 299 penduduk membabitkan 79 keluarga kepada 363 orang daripada 101 keluarga.

Katanya, sebanyak 10 PPS ditutup pada hari ini, iaitu masing-masing tiga di Segamat dan Kota Tinggi, Kluang (2) dan masing-masing satu di Muar dan Pontian.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia masih meletakkan beberapa daerah di negeri ini di bawah amaran hujan berterusan tahap waspada, iaitu Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru.

Tiga jalan masih ditutup sementara, iaitu Jalan Tanah Abang, Mersing dan Jalan Felda Medoi, Segamat disebabkan banjir, manakala Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau, ditutup disebabkan tanah runtuh. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.