Semua PPS tidak berdaftar akan diwartakan-TPM

Semua PPS tidak berdaftar akan diwartakan-TPM

AHMAD Zahid Hamidi (kanan) menyerahkan kit makanan kepada mangsa banjir di PPS SK Jelor, Pasir Puteh, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah diwujudkan untuk menempatkan mangsa banjir sebelum ini, namun tidak berdaftar dengan kerajaan akan diwartakan serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pewartaan itu akan dilakukan secara automatik oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menurutnya, langkah mewartakan PPS itu bertujuan membolehkan semua bentuk bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dapat diterima terus oleh semua mangsa banjir.

“Usaha ini bertujuan mengelakkan berlakunya kerenah birokrasi dimana selama ini bantuan hanya disalurkan ke PPS yang diwartakan.

“Selaku Pengurusi Bencana Pusat, saya telah mengambil tindakan serta-merta dengan mewartakan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kebangsaan Jelor yang sebelum ini tidak berdaftar dengan kerajaan. Sejak banjir Ahad lalu seramai 500 mangsa telah ditempatkan di sini walaupun tidak diwartakan,” katanya semasa sidang media pada program turun padang menyantuni mangsa banjir di PPS SK Jelor, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad memberitahu, Kerajaan Perpaduan juga bercadang untuk mewujudkan semua PPS kekal di beberapa jajahan di negeri ini.

Katanya, sebuah dewan khas kekal akan dibina di kawasan sekolah yang dijadikan sebagai PPS.

“Semasa banjir, dewan ini akan digunakan sebagai PPS semasa banjir manakala pada waktu lain ia boleh dijadikan tempat aktiviti sekolah.

“Pada masa yang sama, kita juga akan mengenalpasti lokasi-lokasi startegik lain untuk dijadikan sebagai PPS mengikut cadangan dari kerajaan negeri,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya