RM600 bilion: Siasat dulu, usah timbulkan persepsi

RM600 bilion: Siasat dulu, usah timbulkan persepsi

MOHAMED HANIFF KHATRI ABDULLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyerahkan sepenuhnya segala kes salah laku seperti penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan tanpa menimbulkan persepsi pendakwaan terpilih.

Isu ini pernah berlaku kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau didakwa membuat pendakwaan terpilih terhadap musuh politiknya termasuk Anwar.

Perkara hampir sama berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menjadi mangsa pendakwaan terpilih oleh kerajaan terdahulu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengamal undang-undang, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menjelaskan, jika proses siasatan hanya dibuat selepas Perdana Menteri membuat dakwaan secara umum, ia seolah-olah satu cubaan untuk menjatuhkan musuh politik beliau.

Katanya, sebarang kes salah laku perlu disiasat secara bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri.

“Sesiapa sahaja yang menerajui kerajaan, proses pendakwaan harus telus walaupun ada bukti kukuh. Sebarang dakwaan perlu dimulakan dengan aduan kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh menjalankan siasatan.

Kalau tak pasti, siasat dulu, baru boleh buat kenyataan.

“Seperti isu kes projek perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS), ia dimulakan dengan siasatan, barulah pemimpin buat kenyataan. Jadi apabila Perdana Menteri bercakap mengenai salah guna dana, tajaan judi dan sebagainya oleh pihak tertentu.Ia seolah-olah mencampuri urusan siasatan pihak berkuasa, persepsi wujud sama ada ia pendakwaan terpilih dan mencacatkan sistem perundangan,” kata­nya ketika dihubungi.

Katanya lagi, ia juga akan mewujudkan persepsi berlakunya salah guna kuasa terutama apabila kes yang melibatkan pembangkang.

“Ia menunjukkan tanggapan seolah-olah Perdana Menteri mahu tunjuk kuasa dan persepsi rakyat yang negatif ini akan muncul,” katanya.

Semalam, Anwar mendakwa wujudnya pelanggaran yang serius terhadap perbelanjaan dana RM600 bilion oleh kerajaan terdahulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN