Lantik timbalan menteri di kementerian penting sahaja

Lantik timbalan menteri di kementerian penting sahaja

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar dengan barisan menteri Kabinet pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, kelmarin. –IHSAN JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembaha­ruan reformasi boleh dilihat jika hanya beberapa kementerian penting sahaja yang mempu­nyai jawatan timbalan menteri.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan berkata, langkah Perdana Menteri meletakkan sekumpulan pakar sebagai penasihat dalam Kementerian Kewangan wajar dicontohi di kementerian lain sekali gus tiada keperluan untuk melantik timbalan menteri.

Katanya, ia suatu perkara positif dalam memberi cada­ngan yang bernas untuk membuat dasar daripada sekumpulan pakar terhadap sesebuah kementerian itu.

“Hakikatnya adalah faktor politik memainkan peranan dalam pelantikan kerana parti utama dalam PH diberi keuta­maan, begitu juga dengan BN.

“Kalau dipanjangkan kepada kementerian lain, sekumpulan pakar yang tidak ada kena mengena dengan parti politik, mereka hanya bertindak untuk memberi nasihat.

“Kalau tindakan ini dipanjangkan, ini pembaharuan baik dimana timbalan menteri tidak sangat diperlukan kecuali di kementerian tertentu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Senada dengan itu, seorang lagi penganalisis politik, Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzis turut bersetuju de­ngan perubahan tersebut de­ngan memberi peranan kepada penjawat awam serta Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) untuk membantu menteri.

“Saya sangat bersetuju jika jumlah timbalan menteri kali ini dikurangkan kerana tugas tetap boleh dijalankan jika tanpa timbalan menteri. Seorang menteri boleh dibantu penjawat awam dan PTD yang saya yakin mereka mempunyai profesionalisme yang tinggi serta lebih mahir mengenai selok belok kementerian itu.

“Contoh timbalan menteri yang perlu ada di kementerian penting seperti pendidikan dan kesihatan, yang lain pada hemat saya, tiada keperluan untuk melantik timbalan menteri,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN