Lambakan rumah jika kos bahan binaan melambung

Lambakan rumah jika kos bahan binaan melambung

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Madani yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2024 memperuntukkan RM10 bilion dana Jaminan Kerajaan memanfaatkan sehingga 40,000 peminjam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga rumah di negara ini dijangka terus melam­bung selagi isu kos bahan binaan dan pekerja asing tidak diselesaikan dengan segera.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk NK Tong berkata, keadaan itu sekali gus boleh menyekat peluang golongan M40 untuk memiliki kediaman masing-masing.

Lebih membimbangkan, katanya, situasi berkenaan turut menyebabkan lambakan rumah siap yang tidak dapat dijual.

Sehubungan itu, beliau me­nyarankan kerajaan mengetepikan levi import untuk memastikan harga bahan binaan berada di paras yang rendah.

“Selain pengecualian bayaran cukai untuk tempoh masa tertentu itu, kerajaan juga perlu memperkenal lebih banyak saingan kepada para penjual bahan binaan sedia ada.

“Kami tidak mengharapkan sebarang tindakan seperti kawalan harga terhadap bahan binaan yang mungkin mengundang isu-isu lain seperti kesukaran untuk memperoleh barangan itu, namun kerajaan mungkin boleh mengambil langkah lain.

“Di samping itu, penekanan perlu diberikan kepada isu pekerja asing kerana jika berte­rusan, projek-projek pembinaan tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan sekali gus menyebabkan kos meningkat,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini, akhbar ini melaporkan harga simen yang merupakan antara barang kawalan berjadual melonjak sehingga 30 peratus iaitu dari RM17 bagi setiap beg seberat 50 kilogram kepada RM22.50 sejak Oktober lalu.

Sementara itu, Tong berkata, ketika ini kalangan pemaju perumahan mengambil langkah subsidi bersilang dengan menaikkan harga rumah di pasaran terbuka untuk menampung kos pembinaan.

Katanya, subsidi bersilang memberi impak terhadap pembeli rumah, khususnya M40 yang tidak layak untuk membeli rumah kos rendah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN