Janna, Dini masih berkawan, letak hubungan dalam tempoh

Janna Nick, Dini masih berkawan, letak hubungan dalam tempoh ‘bertenang’

DINI SCHATZMAN dan JANNA NICK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Janna Nick meng­akui, masih berkawan baik de­ngan Dini Schatzmann, malah tidak pernah sesekali bermasam muka seperti tanggapan sesetengah pihak.

Janna yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, dia sentiasa bersikap profesional dan enggan melibatkan masalah peribadi dalam urusan kerja, terutama apabila perlu mengendalikan perniagaan yang mereka usahakan bersama.

“Kami tidak renggang, malah hubungan kami tetap okey. Kami masih lagi bekerjasama. Apa yang boleh saya katakan tentang hubungan kami ketika ini, semuanya masih dalam tempoh ‘bertenang’.

“Namun, kami masih menguruskan syarikat yang kami ditubuhkan. Mahu atau tidak, kami tetap kena bekerjasama demi kebaikan syarikat,” katanya.

Sehingga ini, kedua-dua pihak tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mereka sudah berpisah atau masih bersama.

Dalam pada itu, Janna menafikan dakwaan masalah bipolar dihadapinya sebagai punca keretakan hubungan dengan pelakon berdarah kacukan itu.

“Saya seorang yang profesional. Orang yang berdepan bipolar ini sering berasakan mereka menyusahkan orang lain, selain turut menganggap diri sendiri tidak okey.

“Daripada paksa orang untuk bertahan sabar dengan kita, saya pilih jauhkan diri,” tambahnya.

“Masalah akan berlaku sekiranya lelaki atau perempuan tidak bersabar atau tidak tahu bagaimana kendalikan pasa­ngan yang menghidap bipolar.

“Alhamdulillah, selepas mendapat bantuan pakar dan menerima kenyataan saya ‘sakit’, saya berupaya mengawal keadaan secara perlahan-lahan.

“Bukan senang menjaga hati penghidap bipolar ini kerana serangan (pergolakan emosi) boleh berlaku tiba-tiba pada bila-bila masa.

“kena berkomunikasi. Penghidap bipolar kena maklumkan dan berterus terang keadaan mereka. De­ngan cara itu, pasangan akan faham mereka bukan punca kemarahan apa yang berlaku,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya