Isham Jalil pula mimpi api dalam sekam

Isham Jalil pula mimpi api dalam sekam

ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas Tan Sri Annuar Musa, kini giliran Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil pula menceritakan perihal mimpi beliau berkaitan dalam rumahnya terdapat api dalam sekam.

Menerusi kenyataan Facebook yang disudahi dengan tanda pagar ‘Salam RM600 bilion’ itu, Isham mengucapkan terima kasih kepada kepada Ketua Bahagian UMNO Ketereh itu kerana berkongsi mengenai mimpi beliau yang mengaitkan isu rumah terbakar.

“Terima kasihlah sebab cerita pasal mimpi dan igauan Tan Sri. Mungkin Tan Sri impikan nak jadi menteri lagi tapi tidak jadi dan tiada rezeki. Tidak mengapa, redha sahajalah ketentuan Allah SWT, Dia penentu segala.

“Saya juga ada mimpi semalam. Saya mimpi dalam rumah kita ada api dalam sekam. Api itu mahu bakar rumah kita supaya kita merempat dan pergi menumpang rumah orang lain.

“Orang lain itu adalah tuan kepada api ini dan dia sudah lama mahu bakar rumah kita dan halau kita keluar dari rumah sendiri. Sebelum rumah kita terbakar, kita perlu keluarkan api dalam sekam ini. Baru rumah kita selamat dan keluarga kita bahagia,” katanya.

Isham menerusi kenyataan sama berkata ada sebabnya tuhan tidak mengizinkan sesuatu perkara dan tugas manusia hanyalah berusaha.

“Jika Allah tidak izin, maka adalah sebabnya. Menang itu penting, namun bagaimana kita menang itu lebih penting, jika sumber kemenangan itu tidak berkat, maka kifarah akan bersemuka,” katanya.

Terdahulu, Annuar mendakwa beliau bermimpi rumahnya terbakar dan walaupun cuba menyelamatkan rumah itu, beliau kemudian ditarik keluar.

Annuar seolah-olah memberi gambaran beliau dipecat dari UMNO walaupun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya