Hujan berterusan di ramal di Pantai Timur bermula Rabu ini 

Hujan berterusan di ramal di Pantai Timur bermula Rabu ini 

METMALAYSIA meramalkan hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pantai Timur selama tiga hari, bermula Rabu sehingga Jumaat ini.

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pantai Timur selama tiga hari, bermula Rabu sehingga Jumaat ini. 

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena itu berdasarkan analisis model-model cuaca dan angin timuran kencang yang dijangka bertumpu di Pantai Timur Semenanjung dalam tempoh itu. 

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu, Met Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu. 

Di Kelantan, beberapa kawasan yang diramal terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. 

Amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. –UTUSAN 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN