Dana 600b: Serah maklumat, bukti kepada SPRM

Dana 600b: Serah maklumat, bukti kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa maklumat, bukti atau dokumen yang berkaitan penyelewengan wang perbelanjaan negara berjumlah RM600 bilion boleh tampil kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam satu kenyataan petang ini memberitahu, satu kertas siasatan berhubung dakwaan beberapa pihak berkaitan penyelewengan wang perbelanjaan negara berjumlah RM600 bilion telah dibuka.

Kata kenyataan itu, siasatan secara terperinci, telus dan profesional dari semua sudut berkaitan isu ini akan dilakukan SPRM.

“Sekiranya perlu, SPRM juga boleh menghantar pegawai untuk mengambil maklumat atau dokumen tersebut,” kata kenyataan itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN