Covid-19: 3 kematian, 2 kes BID direkod semalam

Covid-19: 3 kematian, 2 kes BID direkod semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak tiga kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk dua kes melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID).

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak 1,502 kes baharu Covid-19 dikesan dengan satu daripadanya merupakan kes import. 

Sementara itu, sebanyak 22,505 kes aktif wabak direkodkan dengan 92.8 peratus atau 20,889 kes daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Selain itu, seramai 1,512 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 104 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 70 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Dalam pada itu, sebanyak 2,093 kes sembuh dicatatkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,941,114 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya