Anwar mula tugas Menteri Kewangan, hadiri taklimat

Anwar mula tugas Menteri Kewangan, hadiri taklimat

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan dengan memasuki pejabatnya di Kementerian Kewangan hari ini.

Sebagai simbolik, beliau mengetip kad perakam waktu sebaik sahaja tiba kira-kira pukul 7.57 pagi di bangunan Perbendaharaan di sini.

Beliau kemudian disambut pegawai kanan kementerian sebelum dijangka menghadiri taklimat kementerian selepas itu.

Sejurus tiba, Anwar meluangkan masa bermesra dengan kira-kira 100 kakitangan kementerian yang menyambut kehadiran beliau ke situ.

Sebelum ini, Anwar pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun bermula tahun 1991 hingga 1998 menerusi pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya