Anwar jadi Menteri Kewangan kerana situasi luar biasa

Anwar jadi Menteri Kewangan kerana situasi luar biasa

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jawatan Menteri Kewangan digalas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana negara berada dalam situasi yang luar biasa kerana tiada parti yang dapat membentuk satu kerajaan dan bagi mengelakkan pertikaian antara parti-parti bergabung membentuk kerajaan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, apabila kerajaan yang dibentuk melibatkan gabungan beberapa parti, maka, sudah pasti setiap parti mahukan jawatan tersebut diterajui oleh parti masing-masing.

Katanya, jawatan tersebut sesuai untuk dipegang oleh Perdana Menteri buat masa sini supaya tidak timbul isu tersebut.

“Kalau ikut pandangan saya yang secara idea, memang jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri perlu dipisahkan dan pendirian itu tidak berubah.

“Cuma kita berada pada situasi yang luar biasa ketika ini. Namun, ini tidak bermakna perkara tersebut perlu diteruskan.

“Sejajar dengan kita bergerak ke hadapan, situasi ini boleh berubah,” katanya dalam sidang akhbar di Manara Prisma di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai fokus dalam memang jawatan tersebut, beliau berkata, pihaknya akan memberi penekanan untuk membangunakan negeri-negeri yang lama ini tidak mengalami pertumbuhan yang baik.

“Ini termasuk negeri-negeri yang mempunyai ramai orang miskin. Selain itu, kami juga akan fokus pada golongan yang kurang bernasib baik, pembasmian miskin tegar dan sebagainya.

“Selain itu, terdapat fokus pada teknologi dan pengetahuan dalam ekonomi,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menambah bajet emolumen dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen yang terdekat.

“Sementara itu, Bajet 2023 yang sepenuhnya pula dijangka dibentangkan dalam masa satu hingga dua bulan lagi,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya