Tujuh lembu mati dipanah petir, warga emas rugi RM20,000 - Utusan Malaysia

Tujuh lembu mati dipanah petir, warga emas rugi RM20,000

DUA ekor lembu antara tujuh ternakan milik Ab Lah Mat Isa yang dipanah petir di Kampung Serunai, Mela di Lipis, Pahang. - FOTO /IHSAN AB LAH MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang warga emas, Ab Lah Mat Isa rugi  RM20,000 apabila tujuh ekor lembu ternakannya mati dipanah petir di Kampung Serunai, Mela dekat sini petang semalam.

Ab Lah, 69, berkata, kejadian itu berlaku pukul 7 petang ketika hujan lebat diikuti petir  di kampung tersebut.

“Ketika mahu mengambil wuduk untuk  solat Maghrib, saya  tidak sedap hati bimbang keselamatan  lembu yang dilepaskan. 

“Sebaik solat Subuh pagi tadi, seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan kandang lembu saya menghubungi dan memberitahu  lembu-lembu saya mati,” katanya di Kampung Serunai, Mela di sini hari ini.

Menurut Ab Lah, dia bergegas ke kandang  dan terkejut apabila menemukan bangkai lembu bergelimpangan tidak jauh antara satu sama lain. 

Warga emas yang juga pesara guru agama itu berkata, kemungkinan tujuh ekor lembu yang mati  berkumpul sambil berlindung di bawah pokok ketika hujan lebat. 

“Kejadian malang ini adalah pertama kali berlaku sejak saya mengusahakan ternakan lembu 20 tahun lalu,” katanya.

Kata Ab Lah, kebiasaannya setiap petang dia akan pergi ke kandang untuk melihat dan mengawal ternakannya supaya tidak berkeliaran jauh dari kawasan lain, tetapi pada petang semalam dia  tidak ke situ kerana hujan lebat.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya