[SIDANG DUN] Isu air Kelantan bukan kegagalan, tetapi masalah

[SIDANG DUN] Isu air Kelantan bukan kegagalan, tetapi masalah pelaksanaan

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjelaskan isu bekalan air bersih di negeri ini bukan satu kegagalan sebaliknya berkait dengan masalah pelaksanaan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, masalah itu berpunca daripada masalah kekangan kewangan yang berlaku sejak tahun 1990.

Menurutnya, bagaimanapun, sepanjang tempoh 30 tahun, pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Pada 2016, kerajaan negeri bersetuju dengan langkah migrasi air ke Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB). Pada waktu itu, kita perlukan belanja berjumlah RM2 bilion untuk menyelesaikan masalah ini.

“Tetapi, sayangnya…walaupun kita menandatangani perjanjian, namun, peruntukan sebanyak RM2 bilion itu tidak turun ke negeri Kelantan. Ada isu-isu teknikal yang tidak perlu disebutkan di sini (DUN),” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga dari Barisan Nasional (BN), Datuk Adhan Kechik mengenai kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu masalah air di Kelantan.

Mohd. Amar memberitahu, hasil anggaran semasa pada tahun 2022, kerajaan negeri memerlukan perbelanjaan keseluruhan RM7 bilion berbanding RM2 bilion bagi menyelesaikan masalah tersebut sebelum ini.

Katanya, walaupun mendapat kelulusan ke atas jumlah peruntukan itu, usaha penyelesaian masalah pasti akan mengambil masa kerana masalah bekalan air bersih di negeri ini berlarutan terlalu lama.

“Cuma, usahanya tidaklah akan berlarutan sehingga 20 atau 30 tahun. Kerana itulah perlu ada hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Masalah peruntukan tidak diperoleh ini seperti kita tahu betul-betul masalah politik. Kerana itu perlu perbetulkan masalah politik ini bagi memudahkan usaha menyelesaikan masalah air,” ujarnya.

ADUN Panchor itu berkata, kerajaan negeri sentiasa menjalankan usaha berterusan bagi menyelesaikan masalah berkaitan dan jika Kerajaan Persekutuan bersikap lebih terbuka.

“Kalau Kerajaan Persekutuan mengambil sikap terbuka dan mengetahui tanggungjawab membangunkan negeri ini adalah tanggungjawab bersama, saya percaya banyak masalah dapat diselesaikan,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.