PETALING JAYA: MIC tanding PRU15 atau tidak diketahui esok.
Perkembangan ini menyusuli laporan bahawa MIC pertimbang untuk tidak menyertai PRU15 kali ini.
Menurut kenyataan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran, mesyuarat tergempar esok akan menentukan keputusan sama ada MIC akan terima atau menolak kerusi-kerusi yang ditawarkan dalam PRU15.
Memuatkan artikel berkaitan…
Beliau berkata, tiada pemimpin MIC menghadiri acara pengumuman calon Barisan Nasional malam ini. –UTUSAN











