PETALING JAYA: Tawaran pekerjaan di luar negara dengan bayaran gaji yang lumayan masih berleluasa di laman sosial dan laman mencari kerja walaupun kegiatan yang didalangi sindiket antarabangsa pemerdagangan manusia itu berjaya dibongkar pihak berkuasa sebelum ini. Wartawan Utusan Malaysia yang menyamar sebagai pencari kerja dan mengakses kumpulan mencari kerja di Kemboja melalui sebuah laman sosial telah ditanya pelbagai soalan oleh pentadbir kumpulan berkenaan termasuk sama ada fasih berbahasa Melayu. Namun,…










