Kabinet baharu kerajaan Persekutuan yang bakal dibentuk selepas hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini tentunya antara yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat. Pembentukan Kabinet kali ini dijangka menyaksikan pelantikan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri, selepas kali terakhir jawatan itu diisi oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dua tahun lalu. Malah, dijangkakan dua atau tiga ahli Parlimen bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi mewakili…