Cukup-cukuplah Kepong dikuasai ‘satu kumpulan’ – Shaun

Cukup-cukuplah Kepong dikuasai ‘satu kumpulan’ – Shaun

SHAUN YOUNG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
TAMPIL sebagai muka baharu di Parlimen Kepong, Shaun Young membawa misi untuk menghapuskan sentimen perkauman di Kepong yang menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Beliau mewakili parti Warisan yang baru melebarkan sayap ke Semenanjung berdepan dengan penyandang Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mewakili Pakatan Harapan (PH), calon Barisan Nasional (BN), Yap Zheng Hoe, calon Perikatan Nasional (PN), Phaang Jing Fatt dan calon bebas, Yee Poh Ping.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZAHARIE ROSLI, Shaun berkongsi pandangannya sebagai pencabar baharu yang ingin membawa perubahan di Kepong.

UTUSAN: Bagaimana sambutan pengundi terhadap kempen Warisan di Kepong setakat ini?

SHAUN: Kita nampak impak agak positif tapi bila kita jumpa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), wakil penduduk Melayu dan India dari Kepong, saya rasa tak sedap hati sebab Kepong sudah lama dikuasai oleh ‘satu kumpulan’. Jadi, saya tanya apa masalah mereka mahu bangkitkan sebelum ini. Daripada kenyataan mereka, tidak ada satu pun wakil calon daripada sini pernah tanya pasal keadaan mereka sejak berpuluh tahun.Disebabkan itu, kita akan ambil alih dan mengubah kea­daan ini. Ini bukan seorang dua, ada 5,000 penduduk Melayu, penduduk India ada 6,000, jika wakil daripada persatuan penduduk atau NGO boleh kete­ngahkan isu ini, maksudnya ini adalah isu yang serius.

Kepong adalah kubu kuat DAP. Adakah ini menjadi cabaran besar untuk Warisan?

Sejak PRU14 mereka cuma guna lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja. Sini dipegang kukuh oleh anda tahu siapalah.

Kita kena faham. Dulu ada dua pilihan sahaja, ‘roti putih’ atau ‘bubur putih’, tapi sekarang rakyat tidak terikat pilihan itu sahaja. Kita boleh pilih yang ketiga, ‘nasi lemak’. Tidak payahlah makan roti dengan bubur sahaja, kita ada nasi lemak yang lebih bagus dan ‘bercampur’.

Kepong juga dilihat sebagai kerusi panas kerana melibatkan lima penjuru. Kenapa Warisan pilih untuk bertan­ding di sini?

Pihak atasan atau pimpinan pusat mesti melalui kajian yang cukup untuk membuat keputusan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen. Mereka pilih satu sahaja.

Keputusan yang dibuat pimpinan pusat tepat dan calon yang betul-betul boleh bersedia untuk berkhidmat. Boleh disebutkan, pimpinan pusat sudah membuat perancangan awal dan sudah memikirkan dari pelbagai sudut mengenai apa yang penduduk Kepong mahukan.

Mewakili parti yang baru meluaskan pengaruh di Semenanjung, ada yang mengatakan ia misi mustahil khusus­nya di Kepong. Apa pandangan tentang kenyataan ini?

Warisan datang ke Semenanjung untuk memberi manfaat ataupun perubahan. Zaman ‘kritik’ dahulu, kempen sini sana selalu guna perkataan ‘kritik’ sahaja, menuding kepada masalah yang ada.

Tiga tahun lepas, kita melalui keadaan yang amat teruk seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banjir, jadi sebagai calon di Kepong ini kita bagi satu sahaja penyelesaian yang boleh ditawarkan untuk penduduk di sini. Contoh, undi18 sudah dibenarkan sekarang, adakah semua komponen parti sudah bersedia berkhidmat untuk mereka? Sekarang, banyak slogan yang baharu tapi cara tetap yang lama.

Bagaimana pendekatan Wa­ri­san sekarang?

Warisan di Kepong ini, mewujudkan bilik gerakan atas talian yang pertama di Malaysia dengan dana yang terhad, bersama kumpulan anak muda, kita cipta aplikasi bilik gerakan atas talian. Jadi de­ngan mengimbas kod QR sahaja, sebarang aduan boleh terus dihantar dengan lebih mudah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×