fbpx

Bersatu nafi keluar PN jika MB Perak daripada Pas

Datuk Zainol Fadzi Paharuddin

IPOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menafikan dakwaan dalam mesej yang tular parti itu akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN) sekiranya Menteri Besar yang dilantik daripada Pas. 

Setiausaha Bersatu Perak,  Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN berebut jawatan untuk menjadi Menteri Besar berniat jahat dan cubaan menjatuhkan kredibiliti parti itu.

Menurut beliau, tidak ada mana-mana ADUN Bersatu mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwa dan tular tersebut.

“Semua ADUN PN tidak pernah bergaduh soal penentuan kerusi Menteri Besar malah setiap keputusan yang dibuat secara musyawarah. 

“Saya sendiri tidak pernah gilakan jawatan Menteri Besar, kami sendiri patuh kepada kepimpinan Pusat dalam apa jua yang telah diputuskan. 

“Malah pertemuan dengan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tempoh hari pun Tuanku menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan banyak kerusi kepada saya dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

“Tuanku turut menasihati kami agar menjadi wakil rakyat yang menunjukkan sikap yang baik  tanpa menimbulkan kekecohan, “katanya dalam kenyataan di sini.

Zainol Fadzi mengulas mesej yang tular kononnya ADUN Bersatu akan keluar dari gabungan PN jika menteri besar dilantik daripada Pas. – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN